07 August 2011

Siakap Bakar


Bahan-bahan
  1. 1 ekor ikan siakap
  2. 4 sb lada boh / cili giling
  3. 3 biji bawang merah
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 1/2 inci kunyit
  6. 1/2 inci halia
  7. 2 sb air asam jawa
  8. 1 btg serai diketuk
  9. gula n garam secukup rasa
Cara-cara
  • Bersihkan ikan dan belah dua. lumurkan sedikit garam dan bakar
  • Kisar semua bahan bertanda. Tumis lada boh hingga garing. masukkan bahan kisar dan masak hingga garing atau terbit minyak
  • Masukkan serai, garam dan gula secukup rasa. Masak sambal hingga menjadi pes yg pekat.
  • Bila ikan hampir masak lumurkan pes sambal keatas ikan, bakar hingga masak.

Kerabu Pucuk Pegaga

Bahan-bahan
daun pegaga
3 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar udang kering
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar hiris
3 biji limau kasturi-ambil jus
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan daun pegaga.
2. Tumbuk ikan bilis bersama udang kering, cili api, garam, gula dan bawang merah.
3. Campurkan bersama kelapa parut dan tumbuk sedikit barulah di sangai (masak tanpa minyak dalam kuali).
4. Goreng sekejap sahaja dan sejukkan dulu campuran kelapa tadi.
5. Bila dah sejuk barulah di masukkan bawang besar dan jus limau. Kacau rata.
6. Masukkan daun pegaga barulah di hidangkan.


Masak lemak cili api pucuk pegaga

BAHAN-BAHAN :

Pucuk pegaga
segenggam ikan bilis
3 cawan santan pekat
1 serai-dititik
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan pucuk pegaga dan kacau serta biarkan samapai kuah mendidih dan pucuk pegaga masak .