07 August 2011

Kerabu Pucuk Pegaga

Bahan-bahan
daun pegaga
3 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar udang kering
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar hiris
3 biji limau kasturi-ambil jus
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan daun pegaga.
2. Tumbuk ikan bilis bersama udang kering, cili api, garam, gula dan bawang merah.
3. Campurkan bersama kelapa parut dan tumbuk sedikit barulah di sangai (masak tanpa minyak dalam kuali).
4. Goreng sekejap sahaja dan sejukkan dulu campuran kelapa tadi.
5. Bila dah sejuk barulah di masukkan bawang besar dan jus limau. Kacau rata.
6. Masukkan daun pegaga barulah di hidangkan.


No comments:

Post a Comment