Sejarah Penubuhan Sekolah
Taman Sri Kluang merupakan kawasan perumahan yang tersusun berkonsepkan bandar baru terletak kira-kira 2 km dari pusat bandar Kluang. Kebanyakan anak-anak penduduk disini bersekolah di sekolah yang terdapat di sekitarnya. Tiga buah sekolah yang terdekat ialah SMK Tun Hussein Onn, SMK Convent dan Sekolah Tinggi Kluang. Namun semakin hari bilangan pelajar yang kian bertambah menyebabkan ketiga-tiga buah sekolah tersebut tidak dapat menampung keperluan pembelajaran penduduk disini. oleh kerana itu kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan perlaksanaan projek pembinaannya melalui cadangan mereka bentuk, membina dan menyiapkan projek Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Kluang secara rundinga terus 'DESIGN AND BUILD'
SMK Taman Sri Kluang telah memulakan sesi persekolahan yang pertama pada 3 Januari 2005. Seramai 28 orang guru bersama 5 orang kakitangan sekolah yang berkhidmat pada waktu itu. Pengambilan pelajar melibatkan pelajar tigkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 sahaja. Jumlah pelajar adalah seramai 404 orang.
No comments:
Post a Comment